fb fb fb fb fb

Sut 'Ironman' pertama kali diuji ketika hujan, angin kencang

NEW YORK, 19 Oktober- Seorang anggota paramedik British, Jamie Walsh buat pertama kalinya menerbangkan sut jet yang kelihatan seperti 'Ironman' dalam keadaan angin kencang dan hujan.

Walsh berbuat demikian sebagai latihan untuk misi menyelamat mangsa di gunung.

"Ia adalah hari yang penting, di Cumbria, hujan turun lebat dan angin bertiup kencang, namun ia berjalan dengan sangat baik," katanya yang bekerja di Perkhidmatan Ambulans Udara Great North.

Walsh telah membantu menguji kesesuaian sut tersebut sejak setahun lalu untuk digunakan oleh pasukan paramedik.

(Jamie Walsh, Anggota paramedik)

Ujian penerbangan itu disokong oleh syarikat tenaga boleh diperbaharui Denmark, Orsted.

Ia dijalankan dalam keadaan hujan lebat beserta angin yang bertiup melebihi 30 batu sejam.

Sut jet daripada Gravity Industries itu telah dibangunkan sejak 2017.

"Dengan keadaan muka bumi yang mencabar, anggota paramedik tidak boleh membawa mangsa terus ke hospital, jadi mereka perlu berada bersama mangsa dengan sangat pantas.

Mereka perlu bertindak cepat untuk selesaikan masalah atau kecederaan seperti kehilangan darah walaupun ketika itu cuaca hujan lebat dan angin bertiup kencang," kata Richard Browning, pengasas Gravity Industries.

Versi cetakan 3D terkini boleh mencapai kelajuan melebihi 85 batu sejam pada ketinggian lebih 12,000 kaki.-REUTERS


Media Baharu