fb fb fb fb fb

Khamenei muncul pertama kali sejak perang 12 hari dengan Israel

Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei/ AFP

TEHRAN, 6 Julai - Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei membuat kemunculan awam pertamanya pada Sabtu, sejak tercetusnya konflik selama 12 hari antara Iran dan Israel, lapor media rasmi negara itu.

Dalam rakaman yang disiarkan televisyen negara, pemimpin berusia lebih 80 tahun itu dilihat menyapa jemaah dan disambut sorakan di sebuah masjid.

Khamenei sebelum ini hanya muncul dalam rakaman video pra-rakam minggu lalu.

Beliau belum pernah tampil secara terbuka sejak Israel melancarkan serangan udara mengejut yang mencetuskan konflik tersebut. - AFP

TETITIA YUSOFF