fb fb fb fb fb

Penguatkuasaan lebih ketat bagi perokok di Singapura

(Foto hiasan)

SINGAPURA, 1 Oktober- Penguatkuasaan lebih ketat kepada perokok di Singapura akan mula dikuat kuasa hari ini.

Mana-mana individu yang didapti merokok di taman dan kebun awam dan pantai riadah boleh didenda sehingga SGD$1,000.

Penguatkuasan bermula selepas tempoh advokasi yang dijalankan secara berpertingkat sejak Mac lalu tamat.

Larangan merokok di lebih banyak tempat awam mula diperkenal sejak 1 Julai lalu, sebagai usaha menghapuskan tabiat itu dan melindungi Singapura daripada kesan bahaya asap rokok kedua atau 'second-hand smoke' yang dihembus perokok.

Bagi membolehkan perokok menyesuaikan diri, ruang merokok khusus disediakan di 12 taman termasuk Taman East Coast dan Taman Bishan-Ang Mo Kio serta Pantai Palawan, Siloso dan Tanjong.

Rakyat Singapura kini dilarang merokok di lebih 49,000 tempat, baik di luar mahupun di dalam premis tertutup.

Mereka yang merokok di tempat tambahan sebelum ini hanya diberi nasihat secara lisan.

Dengan berakhirnya tempoh nasihat itu, merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda antara SGD$200 (RM647) hingga SGD$1,000 (RM 3,236).

(Foto hiasan)

Media Baharu