fb fb fb fb fb

Vietnam terima 1.87 juta pelawat asing

(Foto hiasan)

VIETNAM, 1 Oktober- 1.87 juta ketibaan antarabangsa diterima Vietnam dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Angka itu 16.4 kali lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas, namun lebih rendah berbanding 2019 iaitu sebelum penularan COVID-19.

Pada September sahaja, negara itu menyaksikan kedatangan hampir 432,000 pelawat asing, susut 11.2% berbanding bulan sebelumnya.

Jumlah pendapatan daripada perkhidmatan penginapan dan katering mencecah VN$430.9 trilion dalam tempoh sembilan bulan, peningkatan 54.7% tahun ke tahun.

Manakala pendapatan daripada perkhidmatan perjalanan mencecah kira-kira VN$18.2 trilion, 3.9 kali lebih tinggi daripada angka yang dicatatkan dalam tempoh yang sama bagi tahun lepas, bersamaan 55.9% daripada jumlah itu dalam tempoh yang sama pada 2019.

Sektor pelancongan kini giat memperkasa aktiviti mempromosi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung asing untuk terus mengunjungi Vietnam.

Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan Vietnam baru-baru ini telah menyelaraskan rangkaian media sosial TikTok dan Persatuan Pelancongan Vietnam untuk memperkenal pelancaran "Ngan nga Vietnam,".

Ia sebagai usaha bagi menggalakkan pengguna media sosial mengenali dan menikmati keindahan muzik tradisional, meraikan budaya dan berkongsi kebanggaan negara, sekali gus menyumbang kepada usaha mempromosi pelancongan Vietnam.

(Foto hiasan)

Media Baharu