fb fb fb fb fb

Pengendali laman pornografi kanak-kanak dihukum penjara dua tahun

SEOUL, 6 Julai- Son Jong-woo, pengendali laman web gelap pornografi kanak-kanak di Korea Selatan, dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Son, yang telah menjalani hukuman 18 bulan penjara kerana melanggar undang-undang perlindungan dan maklumat kanak-kanak Korea Selatan, turut diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar denda 5 juta won.

Laman web haram itu menjual akses kepada 250,000 video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak, termasuk rakaman kanak-kanak dirogol.

Dia yang menjual video di seluruh dunia dengan transaksi wang digital bitcoin.

Pada tahun 2020, Mahkamah Tinggi Seoul menolak permintaan ekstradisi bagi Son oleh penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat, dengan mengekalkan Son di Korea Selatan untuk meneruskan dakwaan terhadapnya.

Rangkaian laman web milik Son itu disifatkan sebagai salah satu operasi pornografi kanak-kanak terbesar.- REUTERS


(Mahkamah Tinggi Seoul/ REUTERS)

Media Baharu