fb fb fb fb fb

Muflis: Situasi Sri Lanka mungkin berlanjutan sehingga akhir tahun depan

COLOMBO, 6 Julai- Krisis ekonomi terburuk sehingga menjadikan Sri Lanka sebuah negara muflis, adalah situasi yang tidak pernah dialami negara itu sebelum ini.

Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe berkata, keadaan itu dijangka akan berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Seramai 22 juta penduduk negara kepulauan itu mengalami inflasi yang melambung tinggi selepas kerajaan kehabisan mata wang asing untuk mengimport barangan keperluan.

Wickremesinghe berkata negara yang dahulunya makmur itu akan mengalami kemelesetan yang teruk tahun ini serta kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang berterusan.

"Negara kami banyak kali mengadakan perbincangan dengan IMF sebelum ini tetapi kali ini keadaannya berbeza daripada sebelumnya. Dahulu, kami berbincang sebagai sebuah negara membangun. Tetapi sekarang keadaannya berbeza. Kami kini mengambil bahagian dalam rundingan sebagai negara yang muflis. Oleh itu kami perlu menghadapi situasi yang lebih sukar dan rumit berbanding rundingan sebelumnya," katanya.


(Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe/ AFP)

Minggu lalu IMF memaklumkan banyak perkara perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memulihkan kewangan Sri Lanka dan membaiki defisit fiskalnya, sebelum perjanjian pembiayaan baharu dibuat.- AFP

Media Baharu