fb fb fb fb fb

Pengebumian Ratu Elizabeth II, lebih 500 tokoh dunia dijangka hadir

(FOTO FAIL AFP)

EDINBURGH, 13 September - Lebih 500 tokoh dunia dijangka menghadiri istiadat pengebumian negara, Ratu Elizabeth II, Isnin depan.

Istiadat yang dijadual diadakan di Westminster Abbey London itu akan menjadi acara antarabangsa terbesar diadakan di Britain sejak beberapa dekad lalu.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden antara terawal mengumumkan beliau bersama isteri, Jill Biden akan terbang ke London untuk menghadiri istiadat tersebut.

(FOTO FAIL AFP)

Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Presiden German, Frank-Walter Steinmeier, Presiden Itali, Sergio Mattarella, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro juga akan hadir.

Turut berangkat ke London untuk istiadat tersebut adalah Maharaja Jepun, Naruhito, Raja Sepanyol, Felipe dan Ratu Letizia serta bekas raja Sepanyol Juan Carlos I dan Ratu Sofia.

Pemimpin dari negara Komanwel termasuk Australia, New Zealand dan Kanada, juga dijadualkan hadir.-AFP

Media Baharu