fb fb fb fb fb

Jepun tidak mahu guna ujian senjata antisatelit

MOSCOW, 13 September - Jepun memutuskan untuk meninggalkan ujian senjata antisatelit bagi menggalakkan perbincangan mengenai kebertanggungjawaban terhadap angkasa lepas, lapor Sputnik.

"Keputusan ini adalah hasil daripada pertimbangan Kerajaan Jepun selepas pengumuman Kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk tidak menjalankan ujian peluru berpandu antisatelit (ASAT) yang mengakibatkan kerosakan secara langsung, pada April lalu," kata Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan.

Kementerian itu menekankan, Tokyo secara aktif mempromosi perbincangan diperingkat masyarakat antarabangsa mengenai mengenai pembangunan tentang tanggungjawab manusia terhadap angkasa lepas.

(FOTO HIASAN)

Naib Presiden AS, Kamala Harris mengumumkan keputusan mengharamkan ujian senjata antisatelit AS semasa lawatannya ke Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California pada awal April.

Pentadbir NASA, Bill Nelson menyeru agar negara lain untuk mengenakan moratorium sama keatas ujian senjata antisatelit. - BERNAMA

Media Baharu