fb fb fb fb fb

Pengeboman hospital Gaza: Rusia, UAE gesa Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar

(Foto AFP)

MOSCOW, 18 Oktober- Rusia dan Emiriah Arab Bersatu menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar susulan serangan maut ke atas sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang menyebabkan ratusan orang terkorban.

Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Rusia ke PBB Dmitry Polyanski menerusi Telegram.

Isnin lalu, Majlis Keselamatan telah menolak resolusi Rusia yang mengutuk keganasan yang semakin meningkat di Asia Barat.

Perwakilan enggan menyokong usul yang tidak mengkhususkan Hamas berhubung serangan mengejut ke atas Israel yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh.

Israel telah bertindak balas terhadap serangan itu dengan serangan udara yang menyebabkan kira-kira 3,000 penduduk Gaza terbunuh.

Sementara itu, Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan turut mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas orang awam, sambil menekankan undang-undang kemanusiaan antarabangsa mengikat semua pihak, akses bantuan kemanusiaan perlu dibuka segera tanpa bertangguh.

Penduduk awam perlu dipastikan mendapat perlindungan.-AFP

(Foto AFP)

 

Media Baharu