fb fb fb fb fb

500 orang terbunuh dalam serangan hospital di Gaza

(Foto AFP)

GAZA, 18 Oktober- Pihak berkuasa Gaza memaklumkan serangan udara Israel terhadap sebuah hospital di Palestin menyebabkan kira-kira 500 orang terbunuh.

Angka kematian setakat ini adalah yang tertinggi daripada mana-mana insiden di Gaza. Insiden itu telah mencetuskan protes di Tebing Barat, Istanbul dan Amman.

Menteri Kesihatan, Mai Alkaila, berkata Israel melakukan "pembunuhan beramai-ramai" di Hospital Al-Ahli al-Arabi.

Serangan itu membunuh ratusan orang dan berlaku semasa kempen pengeboman berterusan Israel selama 11 hari di Gaza.

Hamas berkata letupan itu kebanyakannya membunuh mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Jihad Islam menafikan bahawa mana-mana roketnya terlibat dalam letupan hospital itu, berkata ia tidak mempunyai sebarang aktiviti di dalam atau sekitar Kota Gaza ketika itu.

Insiden serangan hospital dan angka kematian yang tinggi mencetuskan kecaman daripada banyak negara, berlaku pada malam sebelum lawatan Presiden AS Joe Biden ke Israel.

Sementara itu, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuntut Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar berhubung pertempuran meletus yang di Tebing Barat.

Terdahulu, PBB berkata serangan Israel telah melanda salah satu sekolahnya di mana sekurang-kurangnya 4,000 orang berlindung di sana. Agensi itu berkata enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera akibat serangan itu.

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza berkata sebelum kejadian Selasa lalu, sekurang-kurangnya 3,000 orang terbunuh dalam tempoh 11 hari serangan Israel dan membunuh lebih 1,300 tentera dan orang awam.

Penduduk Palestin yang menyelamatkan diri dari pengeboman Israel telah ke hospital, mencari perlindungan di sekeliling mereka dengan harapan mereka akan lebih selamat.

Minggu lalu, Israel mengarahkan mereka yang tinggal di bahagian utara Semenanjung Gaza, meninggalkan rumah mereka dan pergi ke selatan.

(Foto REUTERS)

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata serangan ke atas hospital itu "belum pernah berlaku dalam skalanya". Selasa lalu, terdapat 115 serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di Gaza.

Israel juga telah memotong semua bekalan tenaga, air, makanan, bahan api dan ubat-ubatan ke Gaza sejak serangan Hamas, mempergiatkan sekatan sedia ada di kawasan itu.

WHO berkata agensi sangat memerlukan akses ke Gaza untuk menyampaikan bantuan dan bekalan perubatan dan memberi amaran tentang krisis kemanusiaan jangka panjang. Trak bantuan Mesir sedang menunggu di sempadan ke Gaza, namun tidak ada persetujuan untuk membenarkan mereka masuk.

Dalam pada itu, Kanada, Mesir, Turki, Jordan dan Qatar mengutuk serangan ke atas hospital itu.

Di Tebing Barat, pasukan keselamatan Palestin melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membaling batu dan menentang Presiden Mahmoud Abbas ketika kemarahan rakyat memuncak selepas letupan itu.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas membatalkan pertemuan dengan Biden.

Video Reuters menunjukkan beberapa ambulans tiba di sebuah lagi hospital Gaza membawa mangsa yang cedera di hospital Al-Ahli al-Arabi.-REUTERS

Media Baharu