fb fb fb fb fb

Israel tuduh Jihad Islam Palestin serang hospital di Gaza - satu pembohongan

(Foto AFP)

GAZA, 18 Oktober- Kumpulan Jihad Islam Palestin menyifatkan tuduhan tentera Israel bahawa kumpulan itu bertanggungjawab ke atas serangan hospital Gaza sehingga menyebabkan ratusan orang terkorban adalah pembohongan.

Menurut pegawai kesihatan, sekurang-kurangnya 200 orang terkorban dalam serangan udara di perkarangan hospital yang melindungi mereka yang cedera dan kehilangan tempat tinggal daripada pengeboman Israel.

Insiden tersebut menyebabkan kecaman dan kemarahan global.

(Rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza /AFP)

 

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata bahawa Israel menjadi dalang serangan ke atas hospital Al-Ahli al-Arabi di tengah Gaza.

"Rejim Zionis berusaha keras untuk mengelak dari bertanggungjawab terhadap pembunuhan kejam beramai-ramai yang dilakukannya dengan mengebom Hospital Nasional Arab Baptist di Gaza melalui pembohongan dan menuding jari menyalahkan Jihad Islam Palestin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Oleh itu kami mengesahkan bahawa tuduhan yang dikemukakan oleh musuh adalah palsu dan tidak berasas," tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, hospital itu telah diarahkan untuk berpindah oleh Israel di bawah ancaman pengeboman dan ia adalah bom yang dijatuhkan oleh pesawat tentera Israel yang menyebabkan tragedi itu.

"Hospital itu telah menerima notis awam yang dibuat secara global mengenai pemindahan di bawah ancaman pengeboman.-AFP

Media Baharu