fb fb fb fb fb

Pengebom Bali dipenjara 15 tahun


JAKARTA, 19 Januari - Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, hari ini.

Ia berhubung peranannya dalam pengeboman di pulau peranginan Bali yang mengorbankan 202 orang pada 2002.

Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Timur, mendapati Zulkarnaen, anggota berpangkat tinggi JI didapati bersalah melakukan keganasan dalam pengeboman di pulau peranginan itu.

Zulkarnaen yang ditahan pada Disember 2020, selepas hampir 18 tahun hidup bebas turut dibicarakan dalam beberapa kes serangan lain.

Semasa perbicaraan, Zulkarnaen menafikan terbabit dalam pengeboman Bali, tetapi mengaku dilakukan oleh pasukannya.

Beliau memberitahu mahkamah, pemimpin JI tidak memberitahunya mengenai serangan itu terlebih dahulu dan dia tidak terbabit dalam perancangan khusus.

Namun, hakim tidak yakin dan menyatakan Zulkarnaen ialah ketua pasukan dan bersetuju dengan rancangan di Bali. -AFP

 

Media Baharu