fb fb fb fb fb

Lagi rumah keluarga Palestin di Sheikh Jarrah dirobohkan polis Israel

FOTO AFP

BAITULMAQDIS, 19 Januari- Atas alasan keperluan untuk pembangunan kanak-kanak, polis Israel merobohkan sebuah rumah didiami keluarga Palestin di Sheikh Jarrah, timur Baitulmaqdis pada awal pagi Rabu; memetik laporan jurugambar agensi berita AFP yang menyaksikan kejadian tersebut.

Berdasarkan video dalam talian oleh polis Israel, sebelum waktu Subuh, pegawai Israel dikatakan telah pergi ke rumah keluarga Salhiya, mengancam untuk mengusir keluarga tersebut.

"Polis Israel telah menyelesaikan sepenuhnya pelaksanaan arahan perobohan bangunan haram yang dibina atas tanah yang diperuntukkan untuk keperluan kanak-kanak khas dari timur Baitulmaqdis," menurut kenyataan polis rejim.

Jurucakap polis memberitahu AFP, 18 ahli keluarga dan kenalan lain ditahan atas alasan mengganggu arahan mahkamah.

Keluarga Salhiya dikatakan telah berusaha mempertahankan hak mereka sejak rejim memulakan rampasan tanah pada 2017 apabila kawasan kediaman keluarga itu digazetkan untuk pembinaan sekolah oleh rejim zionis.

Pada Mei lalu, pengusiran keluarga lain dari Sheikh Jarrah telah mencetuskan perang selama 11 hari antara rejim Israel dan pejuang Palestin di Gaza.

Israel merampas timur Baitulmaqdis pada tahun 1967 semasa perang enam hari atau dipanggil Perang Arab-Israel 1967.

Namun, tindakan itu tidak diiktiraf antarabangsa sehinggalah sekarang.

Sejak itu sudah lebih 200,000 penduduk haram Yahudi berpindah ke kawasan itu dan mereka sering bertindak mencetuskan ketegangan dengan rakyat Palestin dan mendakwa timur Baitulmaqdis akan menjadi ibu negara pada masa depan. -AFP

Media Baharu