fb fb fb fb fb

Gempa bumi Afganistan: Misi mencari dan menyelamat diteruskan


HERAT, 19 Januari- Misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi yang masih terselamat di Afghanistan diteruskan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terbunuh.

Gempa yang melanda Isnin lalu menyebabkan ratusan bangunan rosak akibat gegaran.

Banyak penduduk terpaksa bermalam tanpa sebarang tempat berlindung tatkala suhu sejuk melampau.

Gempa bumi itu menggegarkan daerah Qadis di wilayah Badghis barat, kawasan luar bandar yang tidak mudah diakses melalui jalan raya.

Dua jam gempa dengan magnitud 4.9 dan 5.3 pada skala richter menggegarkan daerah itu.

Penduduk menyifatkan ia kejadian yang sangat mengerikan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Mereka yang bimbang dengan ancaman gempa berulang lebih selesa memilih tinggal di kawasan terbuka bagi mengelak tragedi lebih buruk. -AFP

Media Baharu