fb fb fb fb fb

Enam maut dalam insiden kebakaran rumah persaraan di Sepanyol


MADRID, 19 Januari- Enam maut manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian kebakaran di rumah penjagaan warga emas di bandar Valencia, timur Sepanyol hari ini.

Menerusi ciapan Twitter anggota bomba tempatan memaklumkan, kejadian berlaku pada tengah malam dan pihaknya mengambil masa dua jam bagi mengawal kebakaran itu.

Sebanyak 11 mangsa dibawa ke hospital akibat terhidu asap, manakala 71 penghuni lain terpaksa dipindahkan.

Agensi berita Sepanyol EFE melaporkan, sejurus anggota bomba tiba di lokasi kejadian, api telah merebak hingga memusnahkan satu bahagian sayap bangunan.

Kebakaran berjaya dikawal sekitar 1.20 pagi hari ini.

Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati kejadian litar pintas dalam unit oksigen mungkin menjadi punca kebakaran. -AFP

Media Baharu