fb fb fb fb fb

Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya


LONDON, 19 Januari- Susulan pendedahan 'parti' di kediaman rasmi Perdana Menteri Britain semasa perintah sekatan Covid-19.

Boris Johnson kini mungkin berdepan undi tidak percaya dari kalangan ahli partinya sendiri, Parti Konservatif.

Johnson sebelum ini menafikan dakwaan bekas penasihatnya bahawa beliau telah menipu Parlimen berhubung majlis berkenaan.

Seramai 20 ahli Parti Konservatif yang berjaya memenangi kerusi dalam pilihan raya umum pada 2019 bercadang mengemukakan surat undi tidak percaya mereka terhadap Johnson.

Populariti Johnson semakin merosot sejak kebelakangan ini terutamanya selepas pendedahan berlaku pelanggaran sekatan COVID-19 di Downing Street.

Bagi membolehkan pertukaran jawatan nombor satu itu, 54 daripada 350 Ahli Parlimen daripada Parti Konservatif harus mengemukakan undi tidak percaya kepada pengerusi jawatankuasa parti.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 perhimpunan telah diadakan di kediaman rasmi Johnson di 10 Downing Street serta di beberapa jabatan kerajaan lain di antara Mei 2020 dan April 2021 ketika sekatan COVID-19 yang mengehadkan jumlah individu yang dibenarkan berhimpun.

Skandal tersebut menyebabkan populariti Johnson serta Parti Konservatif jatuh sejak kebelakangan ini. -AFP

Media Baharu