fb fb fb fb fb

Pengawal pantai Greece selamatkan 106 imigran di Laut Aegean.

ATHENS, 8 Mei- Pengawal pantai Greece menyelamatkan 106 pendatang termasuk ramai kanak-kanak dari bot layar yang separuh karam di Laut Aegean, pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, pengawal pantai berkata, imigran itu ditemui berhampiran pulau tenggara Kos, tidak jauh dari pantai Turki.

Kumpulan itu, daripada pelbagai bangsa yang tidak didedahkan, termasuk 14 wanita dan 20 kanak-kanak.

Semua imigran berjaya diselamatkan dan tiada yang dilaporkan terkorban.- AFP


GAMBAR FILEĀ 

Media Baharu