fb fb fb fb fb

Penerima Nobel kecam tindakan Israel serbu Gaza

Foto AFP

ISLAMABAD, 12 Januari- Penerima Hadiah Nobel Keamanan dari Pakistan, Malala Yousafzai, pada Ahad menyatakan bahawa beliau akan terus mengecam pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia oleh Israel di Gaza.

"Di Gaza, Israel telah memusnahkan keseluruhan sistem pendidikan.

"Mereka telah mengebom semua universiti, memusnahkan lebih 90 peratus sekolah, dan menyerang secara sembarangan orang awam yang berlindung di bangunan sekolah," katanya dalam ucapan di sidang kemuncak global di sini.

Yousafzai pernah ditembak ketika berusia 15 tahun oleh militan Pakistan yang marah dengan perjuangannya dalam bidang pendidikan.

Beliau pulih selepas dipindahkan ke United Kingdom dan kemudian menjadi penerima Hadiah Nobel termuda pada usia 17 tahun.

"Kanak-kanak Palestin telah kehilangan nyawa dan masa depan mereka. Seorang gadis Palestin tidak dapat memiliki masa depan yang sewajarnya jika sekolahnya dibom dan keluarganya dibunuh," tambahnya.

Serangan berterusan oleh Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meragut 46,537 nyawa, majoritinya orang awam, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM