STRASBOURG, 12 Januari- Sekurang-kurangnya 50 orang mengalami kecederaan selepas dua trem bertembung di stesen kereta api Strasbourg pada Sabtu.
Menurut Pengarah Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Bas-Rhin, Rene Cellier, lima mangsa berada dalam keadaan kritikal.
"Punca sebenar perlanggaran masih dalam siasatan.
"Namun pegawai mengesyaki ia berpunca daripada kesilapan isyarat," katanya kepada REUTERS.
Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan trem yang mengalami kerosakan teruk dengan pasukan penyelamat dilihat sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang cedera dari terowong bawah tanah itu.- REUTERS