fb fb fb fb fb

Letupan di restoran, 6 maut di Republik Czech

Foto Hiasan

PRAGUE, 12 Januari- Enam orang maut apabila sebuah tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di sebuah restoran di bandar Most, barat laut Republik Czech, sehingga menyebabkan bangunan itu terbakar.

Menurut perkhidmatan penyelamat kebakaran Czech, insiden itu turut menyebabkan lapan orang mengalami kecederaan.

"Seramai 30 orang telah dipindahkan dari restoran tersebut serta bangunan di sekitarnya," menurut kenyataan itu.

Pihak bomba memaklumkan bahawa saksi mendapati sebuah pemanas terbalik, yang menjadi punca kebakaran.

Pasukan bomba juga berjaya menyelamatkan seorang pelanggan restoran yang cedera parah dan terperangkap di dalam bilik mandi.

Radio Czech melaporkan sekitar 20 pelanggan berada di dalam restoran tersebut ketika letupan berlaku. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM