LOS ANGELES, 12 Januari- Kebakaran hutan di Los Angeles, California, telah merebak ke kawasan perumahan di Mandeville Canyon, hari ini.
Anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar di Los Angeles yang telah memusnahkan beberapa kawasan di bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat itu.
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, sekurang-kurangnya enam kebakaran masih marak di seluruh daerah Los Angeles.
"Kebakaran terbesar telah membakar 21,317 ekar tanah di sekitar kawasan mewah Pacific Palisades berhampiran pantai.
"Sementara itu, kebakaran Eaton telah membakar 14,117 ekar tanah di kawasan kaki bukit di sekitar bandar Altadena, di timur laut pusat bandar Los Angeles.
"Kebakaran di Pacific Palisades berjaya dikawal sebanyak 8 peratus, manakala kebakaran Eaton masih pada kadar kawalan rendah iaitu 3 peratus, di tengah-tengah tiupan angin kencang yang memburukkan lagi keadaan tersebut," menurut kenyataan itu.
Setakat Jumaat, kebakaran telah memusnahkan 36,000 ekar tanah, meranapkan lebih 12,000 bangunan, dan menyebabkan lebih 100,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan. - REUTERS