fb fb fb fb fb

Penemuan terompah berusia 500 tahun, rungkai sejarah Belanda

Terompah Belanda abad ke-16, yang ditemui di Alkmaar, Belanda/ REUTERS

AMSTERDAM, 24 Disember- Penemuan terompah berusia 500 tahun di bandar Alkmaar menunjukkan bahawa masyarakat Belanda telah mula menggunakan alas kaki dalam kehidupan seharian suatu ketika dahulu.

Orang Belanda terkenal di seluruh dunia dengan kasut kayu malah ia menjadi pelengkap kepada pakaian harian. Keunikannya juga mendorong ia menjadi simbolik kepada produk pelancongan negara itu serta dieskport ke seluruh dunia.

"Ia ditemui di dalam lubang di sekitar bandar. Jadi penemuan ini sangat istimewa, kerana kasut kayu sering dikaitkan dengan petani kerana mereka akan memakainya sewaktu bekerja," kata ahli arkeologi Silke Lange kepada Reuters.

"Tetapi sebenarnya ini ditemui dalam konteks bandar. Mereka menggunakan kasut jenis ini untuk kegunaan harian."

Kasut kayu itu ditemui dalam lubang asap pada bulan lalu semasa pembinaan bekas sisa bawah tanah di Alkmaar, sekitar 30 kilometer (18.6 batu) barat laut Amsterdam.

Menurut arkeologi lubang asap itu digunakan sebagai tandas dan untuk pembuangan sisa sekitar tahun 1450 hingga 1558.

Terompah daripada kayu birch berukuran saiz Eropah 36 (saiz UK 3.5) itu merupakan yang pertama ditemui di Belanda dan dianggarkan dibuat pada penghujung abad ke-15 atau awal abad ke-16.

Ia merupakan salah satu daripada 44 kasut kayu yang pernah ditemui semasa penggalian arkeologi di Belanda dan Belgium.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI