PARIS, 24 Disember- Presiden Perancis, Emmanuel Macron menamakan bekas Perdana Menteri Elisabeth Borne sebagai Menteri Pendidikan dalam kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Francois Bayrou.
Menurut Macron, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Manuel Valls, kembali sebagai Menteri Wilayah Luar Negara.
Manakala bekas Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin menjadi Menteri Kehakiman.
"Menteri Pertahanan, Sebastien Lecornu dan Menteri Luar, Jean-Noel Barrot masing-masing mengekalkan tugas mereka," katanya menerusi kenyataan. - AFP