fb fb fb fb fb

Penduduk Palestin harap konflik Israel-Hamas berakhir

Foto REUTERS

GAZA, 4 Oktober - Penduduk Palestin di Gaza menyatakan rasa lega dan berharap konflik berakhir selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menggesa pengeboman dihentikan serta memaklumkan Hamas bersedia menerima sebahagian syarat dalam pelan damai yang dicadangkan Washington bagi menamatkan perang di Gaza.

Pembebasan tebusan akan dilaksanakan melalui fasa pertama pelan damai berkenaan.

Menurut penduduk Palestin, Jawaher Al-Farahi, beliau berharap konflik itu segera berakhir.

“Kami gembira perang akan tamat kerana kami letih dengan kelaparan, pengusiran dan pertumpahan darah.

"Kami letih mendengar berita buruk, kami mahu dengar berita gembira, mengembalikan rasa selamat dan insya-Allah, kembali semula ke rumah kami," katanya di sini.

Seorang lagi penduduk Palestin, Abdul Karim Al-Farani, menyifatkan ia sebagai berita yang amat menggembirakan.

“Ini berita yang amat menggembirakan. Saya bangun pagi, solat Subuh, kemudian baca berita, ia satu kejutan, saya keluar bilik terasa mahu bertahlil meraikan bila dengar berita itu.

"Sangat menggembirakan kerana pertumpahan darah rakyat Gaza akan berakhir, perang akan tamat dan kami akan pulang ke rumah. Ini benar-benar sesuatu yang membahagiakan," katanya.

Trump sebelum ini memberi tempoh sehingga Ahad kepada Hamas untuk menerima pelan damai 20 perkara atau berdepan akibat serius.

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 menyebabkan lebih 66,000 orang terbunuh majoritinya orang awam, sementara sekatan bantuan telah menyebabkan kebuluran dan keadaan kemanusiaan yang kritikal di seluruh wilayah itu. -REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM