fb fb fb fb fb

Penduduk Gaza diberi amaran tidak kembali kawasan Israel

Foto Reuters

TEL AVIV, 10 Oktober - Tentera rejim Zionis mendakwa kumpulan pejuang Hamas telah tewas dan menyifatkan Hamas kini bukan lagi lawan mereka seperti ketika para pejuang Hamas melancarkan serangan ke atas Israel sehingga mencetuskan perang dua tahun di Gaza.

"Hamas telah ditewaskan di semua lokasi di mana kami bertempur dengan mereka", kata Jurucakap tentera Israel, Brigedier Jeneral Effie Defrin dalam kenyataan terbaharu.

Tentera rejim zionis itu terus menggesa penduduk Gaza supaya tidak memasuki kawasan yang berada bawah kawalan Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Antaranya kawasan di utara Gaza, termasuk Bandaraya Gaza, yang masih dianggap sebagai zon pertempuran aktif. 

Dilaporkan, ribuan penduduk Palestin mula berpusu-pusu kembali ke kediaman mereka selepas gencatan senjata berkuat kuasa hari ini (Jumaat).

Kenyataan itu turut menyebut bahawa tentera Israel telah mula berundur dari beberapa bahagian di Gaza, namun masih ada laporan menyatakan serangan tentera rejim tetap berlaku. 

Pelan damai 20 perkara itu telah dipersetujui, antaranya mensyaratkan dalam tempoh 24 jam selepas permulaan gencatan senjata iaitu bermula pada tengah hari waktu tempatan, tentera Israel perlu berundur ke kawasan yang dipersetujui bagi mengurangkan tekanan kepada penduduk awam di Gaza.- REUTERS

Trainee