BEIJING, 10 Oktober - China menambah 17 laluan udara untuk pengangkutan kargo pada bulan September lepas, beserta 46 penerbangan ulang-alik untuk setiap minggu, menurut Jabatan Logistik Penerbangan di bawah Persatuan Logistik dan Pembelian China (CFLP).
Dengan demikian, terdapat sebanyak 169 laluan udara yang baru ditambah untuk pengangkutan kargo pada tahun ini setakat 30 september, dan bilangan penerbangan ulang-alik yang baru ditambah menokok lebih 352 kali seminggu.
Untuk perincian, antara semua laluan udara yang baru ditambah itu, 81 menuju ke rantau Asia, 66 ke Eropah, 15 ke Amerika Utara,tiga ke Amerika Selatan dan dua ke Afrika.
Pengangkutan barangan melalui pelbagai laluan udara yang baru ditambah itu merangkumi e-dagang rentas sempadan, industri perkilangan berteknologi tinggi, keluaran bernilai tambah tinggi, alat ganti kenderaan, kelengkapan mekanik dan barangan segar. BERNAMA