HERAT, 16 Oktober - Penduduk kampung Afghanistan di Kampung Chah Aab yang sedang berlindung di penempatan sementara dikejutkan lagi dengan gempa bumi susulan magnitud 6.3
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan gegaran susulan kuat itu, kira-kira 500 buah rumah musnah.
"Kami sedang tidur, dan tiba-tiba gempa itu mengejutkan kami, sangat mengejutkan kami, kami berada di dalam khemah, kemudian saya melakukan solat, dan kemudian semua rumah yang tinggal runtuh, selepas matahari terbit semuanya selesai.
"Selepas gempa pertama berlaku pada hari Sabtu, tiada seorang pun daripada kami berani tidur di dalam rumah kerana sebahagiannya rosak, dan kini semuanya musnah." kata penduduk tempatan, Mirza Khan.
"Saya benar-benar takut apabila gempa bermula, saya keluar dari khemah bersama semua cucu dan tinggal di luar, serta cuaca sangat sejuk pada awal pagi." kata penduduk tempatan Noor Bibi.
Dalam pada itu, gempa bumi di Afghanistan meragut sekurang-kurangnya 2,400 nyawa penduduk dengan lebih 2,000 cedera.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak dan ia merupakan kejadian gempa bumi terburuk di dunia setakat ini.
Usaha bantuan dan menyelamat selepas gempa bumi terganggu akibat kesan runtuhan. - REUTERS