fb fb fb fb fb

Tindakan Hamas 'tidak mewakili rakyat Palestin' - Abbas

BAITULMAQDIS, 16 Oktober- Pemimpin Palestin Mahmud Abbas berkata dasar dan tindakan Hamas "tidak mewakili rakyat Palestin", lapor agensi berita Wafa.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah satu-satunya wakil rakyat Palestin yang sah, tambahnya, semasa perbincangan dengan Presiden Venezuela Nicolas Maduro, tambah Wafa.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Venezuela, Maduro dan Abbas membincangkan "keadaan yang mengerikan" di Semenanjung Gaza berikutan "serangan tanpa pandang bulu" oleh Israel.

Maduro menegaskan "sokongan tanpa syarat Venezuela untuk perjuangan Palestin dan Pihak Berkuasanya", dan menawarkan bantuan kemanusiaan "untuk rakyat Palestin" akan dihantar dalam beberapa hari akan datang, menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk "menuntut gencatan senjata segera dan penubuhan koridor bantuan kemanusiaan."

Kumpulan bantuan kemanusiaan di Gaza berkata kira-kira satu juta penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal selain kehabisan air.- AFP

rtm

Nicolas Maduro (kanan) dan Mahmud Abbas/ Gambar fail AFP)

Media Baharu