VIENNA, 16 Oktober- Bekas canselor Austria Sebastian Kurz seorang tokoh berprofil tinggi dibicarakan kerana didakwa memberikan keterangan palsu dan terlibat dalam skandal rasuah.
Kurz meletak jawatan sebagai canselor pada 2021 berikutan beberapa tuduhan rasuah, termasuk membelanjakan wang awam untuk liputan media.
Kurz, bersama dua yang lain, akan dibicarakan pada Rabu kerana memberikan keterangan palsu kepada jawatankuasa parlimen.
Kurz, 37, berulang kali menolak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan beliau akan membuktikan dia tidak bersalah di mahkamah.
"Seperti kebanyakan tuduhan (pendakwa raya rasuah), yang ini adalah palsu," kata Kurz dalam satu kenyataan pada Ogos.
Bagaimanapun Kurz dan peguamnya enggan memberikan komen apabila dihubungi AFP.
Kurz boleh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun sekiranya didapati bersalah.- AFP