fb fb fb fb fb

Penderaan seksual, lapan anggota pengaman PBB ditahan

(Foto REUTERS)

CONGO, 19 Oktober- Lapan anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo telah ditahan atas dakwaan penderaan seksual.

Misi pengaman PBB di timur Congo yang dikenali sebagai MONUSCO itu berkata kes salah laku serius tersebut akan disiasat.

"Kami telah menggantung beberapa pasukan pengaman sebagai tindak balas kepada laporan salah laku itu," kata MONUSCO menerusi kenyataan.

Skandal penderaan seks sebelum ini berlaku di Congo, Haiti dan Republik Afrika Tengah.

PBB telah mewujudkan unit khas untuk memerangi penderaan seksual dan membantu mangsa, termasuk di Congo. - REUTERS

rtm
(Foto REUTERS)

Media Baharu