fb fb fb fb fb

Konflik Gaza, lebih 3,000 rakyat Palestin terkorban

(Foto REUTERS)

GAZA, 19 Oktober- Seramai 3,478 rakyat Palestin terkorban manakala 12,065 lagi cedera dalam serangan udara Israel, baru-baru ini.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata beratus-ratus ribu juga telah kehilangan tempat tinggal akibat serangan berkenaan.

Penduduk Palestin, Raafat al-Nakhal ketika ditemui REUTERS berkata beliau berpindah dari bandar Gaza ke selatan di Khan Younis untuk mencari perlindungan selepas menghadapi serangan bertubi-tubi dari Israel.

"Tiada lagi tempat selamat untuk diduduki di Gaza. Anda perlu bersedia untuk mati," katanya kepada pemberita di sini. - REUTERS

rtm
(Foto REUTERS)

Media Baharu