fb fb fb fb fb

Pelakon Burt Young meninggal dunia

(Foto Burt Young)

WASHINGTON, 19 Oktober- Pelakon Amerika Syarikat, Burt Young yang terkenal dalam filem 'Rocky' telah meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Mengesahkan perkara itu, anak perempuannya, Anne Morea Steingieser berkata mendiang meninggal dunia pada 8 Oktober di Los Angeles.

Young yang dilahirkan di New York menghabiskan masa singkat sebagai peninju profesional sebelum memulakan bidang lakonan.

Selain 'Rocky', antara filem dilakonkan mendiang termasuk 'Chinatown', 'The Gambler' dan 'Convoy'.

Mendiang juga menerima pencalonan Anugerah Akademi pada tahun 1977. - AFP

rtm
(Foto Burt Young)

Media Baharu