fb fb fb fb fb

Lebih 50 orang maut akibat wabak difteria di Guinea

(Foto REUTERS)

CONAKRY, 19 Oktober- Wabak difteria di timur laut Guinea telah membunuh 58 orang termasuk kanak-kanak.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan dan penyakit itu boleh berjangkit.

"Lebih 500 kes yang disyaki sejak Julai berpusat di wilayah Siguiri.

"Gejala biasanya bermula dengan sakit tekak dan demam.

"Perkhidmatan kesihatan Guinea tidak mempunyai kapasiti untuk menangani wabak itu.

"Perlindungan vaksin terhadap difteria berada di bawah 50 peratus daripada populasi sejak 2014," kata WHO menerusi kenyataan.

Tambah WHO, kadar perlindungan 80 hingga 85 peratus diperlukan untuk mengekalkan perlindungan masyarakat terhadap difteria. - AFP

rtm
(Foto Fail)

Media Baharu