fb fb fb fb fb

Konflik Gaza, bantuan dari Turkiye telah tiba di Mesir

(Foto AFP)

EL ARISH, 19 Oktober- Sebuah pesawat tentera Turkiye dengan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin telah tiba di Mesir.

Menurut Bulan Sabit Merah Turkiye, barangan bantuan itu termasuk makanan dalam tin, bahan perubatan dan lain-lain.

Imej bantuan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish menunjukkan kotak berkenaan ditutup dengan logo Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Dan Kecemasan (AFAD) bersama bendera Turkiye dan Palestin.

Turkiye telah menawarkan untuk menjadi orang tengah dalam konflik antara Israel dan Hamas.

Penghantaran bantuan itu juga tiba ketika Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan ke Kaherah untuk perbincangan mengenai perkara serantau dan dua hala. - REUTERS

rtm
(Foto AFP)

Media Baharu