fb fb fb fb fb

Letupan roket hospital Gaza: Dianggarkan 100-300 maut- Perisikan AS

(FOTO AFP)


WASHINGTON, 20 Oktober -Perkhidmatan Perisikan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan seramai 100-300 orang maut dalam serangan roket ke atas hospital Gaza awal minggu ini dalam pertempuran di antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas menerusi satu dokumen yang dilihat AFP pada Khamis.

"Kami menganggarkan jumlah kematian mungkin berada pada tahap rendah iaitu antara 100 hingga 300," menurut penilaian perisikan yang diberikan kepada Kongres AS.

"Kami masih menilai, namun kemungkinan mangsa dan penilaian mungkin berubah, tetapi angka kematian ini masih mencerminkan kehilangan nyawa yang mengejutkan." kata penilaian itu.

Pejuang Hamas menyalahkan Israel di atas serangan udara berkenaan. Namun Israel menyalahkan serangan roket Hamas yang menyebabkan tragedi korban pada Selasa.

Sementara itu, Penduduk Palestin di Gaza pada Jumaat menunggu bantuan kecemasan yang dijanjikan oleh Presiden AS Joe Biden, ketika Israel meneruskan pengeboman ke atas sasaran di kawasan yang dikuasai pejuang Hamas.

Kementerian dalam Negeri Hamas berkata beberapa pelarian yang berteduh di perkarangan gereja di Semenanjung Gaza terbunuh dan cedera selepas serangan Israel pada Khamis.

Beberapa pesawat kargo menghantar stok termasuk makanan dan ubat-ubatan, pembersih air dan produk kebersihan ke lapangan terbang El Arish Mesir tersadai sementara menunggu pembukaan sempadan Rafah ke Gaza.

Media penyiar rasmi Mesir, Al Qahera News berkata sempadan berkenaan yang merupakan satu-satunya pintu yang tidak dikawal Israel akan dibuka pada Jumaat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres semasa lawatannya ke Kaherah berkata perlu ada akses kemanusiaan yang pantas dan tanpa halangan selepas amaran teruk mengenai kesan sekatan Israel yang berterusan.

"Kami memerlukannya secara besar-besaran dan dikekalkan. Ia bukan satu operasi kecil yang diperlukan," tambah Guterres.

Pengarah Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Michael Ryan pula mengkritik perjanjian yang dicapai Biden bersama Mesir dan Israel sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

"Sepatutnya 2,000 trak," kata Michael Ryan.

Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza sebagai tindak balas ke atas serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu dan didakwa membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang awam oleh Israel.

Kira-kira 1,500 pejuang Hamas pula terbunuh dalam pertempuran sebelum Israel menguasai semula kawasan, kata tentera Israel.

Pengeboman Israel pula telah membunuh sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, menurut kementerian kesihatan Gaza.-AFP

<rtm
(FOTO AFP)

Media Baharu