fb fb fb fb fb

Jerman umum bantuan 50 juta euro untuk orang awam di Semenanjung Gaza

(FOTO AFP)

BERLIN, 20 Oktober - Jerman pada Khamis mengumumkan bantuan sebanyak 50 juta euro kepada penduduk awam di Semenanjung Gaza.

Menteri Luarnya, Annalena Baerbock berkata Berlin juga sedang melakukan persediaan untuk menghantar pasukan perubatan ke Gaza.

Baerbock yang kini dalam rangka lawatan singkat ke rantau Asia Barat turut menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan akan memastikan rakyat Palestin mendapat akses kepada bantuan.

rtm
(Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock / FOTO AFP)

"Mesej kami adalah jelas dan kami tidak meninggalkan ibu, bapa dan anak-anak Palestin yang tidak bersalah," katanya pada sidang akhbar di Amman bersama Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.

“Adalah penting bagi saya untuk menjelaskan kepada rakyat Palestin bahawa kami juga mengiktiraf penderitaan mereka,” kata Baerbock sebelum memulakan lawatannya dan mengatakan situasi kemanusiaan di Gaza adalah "malapetaka," katanya.

Baerbock, yang telah melakukan lawatan ke Israel dan Mesir minggu lalu berkata Berlin bekerjasama rapat dengan G7, Kesatuan Eropah dan rakan kongsi serantau untuk memastikan bantuan boleh sampai ke Semenanjung Gaza.-AFP

Media Baharu