(Gambar fail/ AFP)
NIAMEY, 15 Julai- Seramai 44 pendatang Afrika Barat yang dalam perjalanan ke Libya telah diselamatkan di padang pasir di utara Nigeria, setelah dua hari kenderaan yang dinaiki rosak dan ditinggalkan pemandu.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata, kesemua mereka terdiri daripada 29 lelaki, 12 wanita dan tiga remaja perempuan.
Mereka ditemui kira-kira 20 kilometer dari bandar Dirkou di timur laut Nigeria, sebelum dibawa ke pusat transit berhampiran untuk pertolongan cemas.
Kerja penyelamatan dibuat pada 6 Julai lalu selepas 10 pendatang ditemui mati di wilayah itu, yang menyebabkan Niamey melancarkan siasatan mengenai punca kematian mereka.
Ramai pendatang Afrika Barat cuba melalui Libya bagi menyeberangi Mediterranean untuk memulakan kehidupan yang lebih baik di Eropah.
(Gambar fail/ AFP)
Dirkou merupakan persimpangan bagi penyeludupan pendatang, senjata dan dadah ke utara Libya sebelum sampai di Eropah.
Malah menjadi tumpuan penempatan kepada aktiviti perlombongan emas yang menarik perhatian warga Nigeria dan negara jiran.
Pihak berkuasa di Agadez berkata kerosakan kenderaan biasa terjadi di kawasan itu yang menjadi laluan membawa pendatang, dan ramai pemandu bertindak meninggalkan penumpang bagi mengelakkan ditangkap.
Lebih memilukan, terdapat pendatang yang ditemui mati ekoran dehidrasi.
Niamey menggunakan undang-undang pada 2015 yang menganggap penyeludupan migran sebagai jenayah, dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun. - AFP