fb fb fb fb fb

India lapor kes pertama cacar monyet

(FOTO REUTERS)

MUMBAI, 15 Julai- India melaporkan kes pertama cacar monyet semalam, membabitkan seorang lelaki berumur 35 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan India, Veena George lelaki berkenaan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Emeriyah Arab Bersatu kini dalam keadaan stabil dan telah diasingkan di hospital.

"Dia berada dalam keadaan stabil dan semua tanda vitalnya normal. Kami telah meminta semua daerah berwaspada," katanya kepada pemberita pada lewat Khamis.

Beliau menambah, ibu bapa dan kontak rapat pesakit juga telah diasingkan.

Manakala 11 penumpang yang bersentuhan dengan lelaki tersebut dalam penerbangan dan beberapa yang lain telah diberitahu untuk memerhatikan simptom dihadapi.

(Tabung uji berlabel "positif virus cacar monyet", gambar diambil pada 23 Mei 2022/REUTERS)

Terdahulu pada Khamis, Setiausaha Kesihatan Persekutuan, Rajesh Bhushan meminta untuk negeri-negeri meningkatkan ujian dan pengawasan untuk kemungkinan jangkitan cacar monyet.

"Memandangkan pandemik COVID-19 terus menimbulkan cabaran, adalah penting kita tetap sedar dan berwaspada tentang ancaman kesihatan awam yang lain dan secara proaktif mempersiapkan diri untuk menanganinya," kata Rajesh dalam surat kepada negeri-negeri.-REUTERS

Media Baharu