fb fb fb fb fb

Pemisah Papua mengaku bertanggungjawab bunuh 8 juruteknik

(FOTO BENARNEWS)

JAYAPURA, 4 Mac- Kumpulan pemisah Papua mengaku bertanggungjawab menembak mati lapan juruteknik semasa mereka menjalankan tugas membaik pulih tiang telekomunikasi di satu kawasan terpencil.

Menurut tentera, lelaki bersenjata menyerbu menara telekomunikasi utama dimiliki Telkomsel, syarikat yang disokong kerajaan negeri pada Rabu lalu.

Petugas itu dijadikan sasaran pemberontak atas alasan mereka mempunyai kaitan dengan negeri tersebut.

Sejak beberapa dekad lalu, pemberontak Papua telah melancarkan pemberontak terhadap pasukan keselamatan Indonesia.

Jurucakap tentera Papua, Aqsha Erlangga berkata ketika serangan, seorang juruteknik berjaya melarikan diri seterusnya melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Ini adalah satu jenayah luar biasa,” katanya menerusi satu kenyataan.

“Polis telah mengambil alih siasatan dan sedang memburu suspek,” katanya.

(FOTO CNA)

Sementara itu, menurut Erlangga usaha mengeluarkan mayat mangsa dari lokasi kejadian pada Khamis yang hanya boleh diakses menggunakan helikopter terhalang akibat cuaca buruk.

Tentera Pembebasan Papua Barat, sayap tentera kumpulan pemisah utama Papua, sebelum ini telah memberi amaran kepada orang awam supaya meninggalkan kawasan yang mereka sebut sebagai “zon perang” itu.

Pada 2018, seramai 19 pekerja syarikat pembinaan negeri itu ditembak mati oleh pemberontak ketika membaiki jambatan. -AFP

Media Baharu