fb fb fb fb fb

Pemimpin tertinggi polis Mexico ditembak mati, berkait dengan kartel dadah

Foto Media Sosial X

BANDAR MEXICO, 22 Julai- Ketua operasi khas polis Bandar Mexico dilapor terbunuh di ibu negara pada Ahad, berpunca daripada siri serangan yang menyasarkan pegawai dan ahli politik di seluruh negara, kata pihak berkuasa tempatan.

"Akibat serangan pengecut yang berlaku di Coacalco, Negeri Mexico, rakan sekerja dan rakan saya, Ketua Pesuruhjaya Milton Morales Figueroa kehilangan nyawanya," kata setiausaha keselamatan tempatan, Pablo Vazquez di platform sosial X.

Pegawai itu, yang bertanggungjawab dalam operasi risikan membanteras jenayah terancang, berada di luar kedai ayam apabila dia diserang oleh seorang lelaki yang menembaknya, menurut rakaman daripada kamera keselamatan.

"Milton bertanggungjawab terhadap tugas penyiasatan penting untuk melindungi keamanan dan keselamatan penduduk Mexico City," tulis Datuk Bandar, Marti Batres di X.

Pengedaran dan penyeludupan kecil dadah yang beroperasi di bandar mega mempunyai hubungan dengan beberapa kartel dadah yang berkuasa di negara itu seperti kartel Jalisco - Generasi Baharu (CJNG).

Media tempatan melaporkan bahawa kerja Figueroa telah membantu membongkar beberapa kumpulan.

Walaupun beberapa ketua polis telah menjadi sasaran di negeri Mexico yang dilanda keganasan jenayah beberapa tahun kebelakangan ini, insiden serangan terhadap pihak berkuasa di ibu negara adalah amat jarang berlaku.

Mexico yang mempunyai populasi penduduk seramai 126 juta penduduk itu telah menyaksikan lebih 450,000 orang dibunuh sejak kerajaan pimpinan presiden Felipe Calderon melancarkan serangan tentera terhadap kartel dadah pada 2006.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM