JAKARTA, 22 Julai - Penyelamat Indonesia sedang mencari kapal kargo dengan 12 anak kapal di dalamnya, hilang sejak minggu lepas, di luar wilayah timur Papua, kata pegawai pada Isnin.
Kapal kargo itu membawa peralatan untuk membina menara telekomunikasi dan infrastruktur lain untuk kementerian perhubungan.
"Kapal itu mula berlayar pada Isnin lalu dari Timika ke kawasan tanah tinggi Yahukimo untuk menubuhkan infrastruktur komunikasi di sana. Namun, hilang dua hari kemudian" kata Fadhilah Mathar, seorang pegawai kementerian komunikasi.
Menurut ketua pasukan penyelamat tempata, I Wayan Suyatna, misi mencari dan menyelamat kapal itu mula digerakkan pada Sabtu, dengan kekuatan anggota seramai 150 orang dan dua kapal tentera laut, kata ketua pasukan penyelamat tempatan, I Wayan Suyatna.
Reuters dimaklumkan bahawa setakat ini, pihaknya tidak dapat memberikan kepastian berhubung punca kapal itu terputus hubungan.- REUTERS