fb fb fb fb fb

Duta Besar AS ke Haiti, tunjuk sokongan memerangi kumpulan samseng

Foto AFP

BANGSA-BANGSA BERSATU, 22 Julai- Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Linda Thomas-Greenfield sedang dalam perjalanan ke Haiti pada Isnin, kata seorang pegawai AS.

Perjalanan itu sebagai sebahagian daripada misi keselamatan antarabangsa di negara pulau Carribbean yang kini berdepan keganasan kumpulan samseng, sebulan selepas ketibaan kontinjen pertama polis Kenya.

"Linda Thomas-Greenfield akan membuat dua pengumuman utama semasa perjalanan itu sebagai menyokong usaha menangani situasi kecemasan keselamatan dan kemanusiaan," kata seorang pegawai kanan pentadbiran, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan

Perang dengan kumpulan samseng telah menyebabkan lebih 578,000 orang Haiti kehilangan tempat tinggal manakala hampir lima juta berdepan krisis kelaparan.

"Hampir separuh daripada 11.7 juta penduduk Haiti, dengan 1.6 juta daripada mereka berisiko kebuluran," kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kumpulan bersenjata, yang kini menguasai sebahagian besar ibu kota Port-au-Prince, telah membentuk pakatan luas semasa melakukan pembunuhan berleluasa, penculikan wang tebusan dan keganasan seksual.

PBB berkata antara Januari dan Ogos 2023, kes rogol meningkat sebanyak 49% berbanding tempoh yang sama pada 2022.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM