BEIJING, 5 September - Penggubal undang-undang tertinggi di China, Li Zhanshu akan melawat Rusia minggu depan.
Menurut agensi berita rasmi Xinhua, pemimpin itu juga akan menghadiri Forum Ekonomi Timur hari ini, di bandar Vladivostok.
Zhanshu yang berada di kedudukan ketiga tertinggi dalam hierarki kerajaan China turut dijadual mengadakan rangka lawatan rasmi ke Mongolia, Nepal dan Korea Selatan mulai Rabu hingga 17 September depan.
Pemimpin itu akan menghadiri Forum Ekonomi Timur yang diadakan selama empat hari mulai esok di bandar Vladivostok.
(FOTO REUTERS)
Zhanshu, 72, mungkin akan bersara dan melepaskan jawatannya dalam Parti Komunis pada persidangan penting bulan depan, yang mana Presiden Xi Jinping dijangka mengekalkan kedudukannya bagi tempoh penggal ketiga berturut-turut.
Beijing dan Moscow menjalin hubungan akrab dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, meningkatkan kerjasama sebagai sebahagian daripada apa yang mereka panggil hubungan 'tiada had' dan bertindak sebagai pengimbang kepada dominasi global Amerika Syarikat (AS). - AFP