NEW DELHI, 4 September - Parti Kongres yang merupakan pembangkang di India, mengadakan perhimpunan di sini.
Tindakan itu bagi membantah peningkatan kadar inflasi dan pengangguran di negara berkenaan.
Beribu-ribu penyokong parti berhimpun untuk mendengar ucapan pemimpinnya, Rahul Gandhi.
(Rahul Gandhi/FOTO REUTERS)
Perhimpunan itu dianjurkan menjelang perarakan "Bharat Jodo Yatra" sejauh 3,500 kilometer dari Kanyakumari di selatan India hingga ke New Delhi yang akan diadakan pada 7 September.
Rahul menyifatkan, perjuangan penduduk negara itu hari ini ibarat 'antara dua India'.
Satunya adalah India yang menjadi milik rakyat miskin, petani dan penganggur dan satu lagi yang dikawal bilionair.
Rahul juga bimbang dengan ketegangan sosial, kebencian dan kemarahan yang semakin memuncak kerana perkara itu hanya akan menguntungkan musuh negara. - BERNAMA