fb fb fb fb fb

Pemimpin kultus dera 251 kanak-kanak dibicara

Pemimpin kultus Kanaan, Ishmael Chokurongerwa

HARARE, 14 Mac- Pemimpin kultus yang ditangkap kerana didakwa mengeksploitasi kanak-kanak bawah umur di Zimbabwe dibawa ke muka pengadilan bersama tujuh ahlinya pada Khamis.

Polis menahan Ishmael Chokurongerwa, 56, pada Selasa bersama tujuh lagi ahlinya kerana aktiviti jenayah termasuk penderaan kanak-kanak bawah umur.

246 daripada 251 kanak-kanak dilaporkan bawah umur 18 tahun, tidak mempunyai sijil kelahiran dan digunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal untuk kepentingan kepimpinan kultus berkenaan.

Kanak-kanak berkenaan tidak pergi ke sekolah tetapi sebaliknya 'diajar kemahiran hidup' dan menerima layanan seperti buruh murahan.

Mereka tinggal di ladang Chokurongerwa kira-kira 35 kilometer (20 batu) dari ibu negara Harare.

Jurucakap polis Paul Nyathi memberitahu AFP bahawa ahli kuluts juga dinafikan akses kepada perubatan dan penjagaan kesihatan.

Penyiasat menemui 16 kubur di tempat ibadat Chokurongerwa.

Pengebumian tersebut dilakukan tanpa kebenaran dan pendaftaran di pejabat negeri.

Menurut bekas ahli kultus yang ditemu bual oleh stesen radio tempatan awal minggu ini, Chokurongerwa telah menjaga ratusan keluarga di ladangnya yang disekat dari dunia luar.

Wanita itu berkata tempat ibadat kultus itu dinamakan Canaan dan ahlinya percaya bahawa dunia akan kiamat.

Chokurongerwa sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2015 kerana memimpin pengikutnya menyerang polis dan wartawan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE