fb fb fb fb fb

18 individu ditahan di Peru, terbabit kes pemerdagangan senjata api

Foto AFP

LIMA, 14 Mac- 18 orang ditahan di Peru selepas dipercayai terlibat dalam pemerdagangan senjata api dan terbabit dalam pembunuhan seorang calon Presiden Ecuador, tahun lalu.

Dalam operasi besar-besaran itu, kira-kira 700 anggota polis menyerbu rumah dan pejabat di empat daerah di bandar Lima selain di Tumbes, Cahamarca dan Piura.

Menurut pihak berkuasa, operasi itu menyasarkan syarikat-syarikat yang mengimport senjata, terutama dari Amerika Syarikat dan Turkiye.

Senjata-senjata berkenaan didakwa digunakan kumpulan penjenayah dan digunakan untuk membunuh seorang calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio, tahun lalu.

Villavicencio merupakan individu yang lantang memerangi rasuah dan jenayah terancang, ditembak pada Ogos 2023 selepas berkempen di Quito.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM