fb fb fb fb fb

50 maut minum ramuan herba anti-sihir

FOTO HIASAN

LUANDA, 14 Mac- Kira-kira 50 orang maut di Angola selepas dipaksa meminum ramuan herba untuk membuktikan mereka bukan ahli sihir.

Menurut Luzia Filemone, seorang ahli majlis tempatan, kematian dilaporkan berlaku antara Januari dan Februari berhampiran bandar tengah Camacupa.

Bercakap kepada penyiar radio kebangsaan, dia menuduh pengamal perubatan tradisional menjadi dalang disebalik tragedi itu.

“Lebih 50 mangsa terpaksa meminum cecair misteri ini yang menurut pakar perubatan tradisional, membuktikan sama ada seseorang itu mengamalkan ilmu sihir atau tidak,” kata Filemone.

Kepercayaan terhadap ilmu sihir masih menjadi kebiasaan di sesetengah masyarakat luar bandar, walaupun mendapat tentangan kuat daripada gereja di tanah bekas jajahan Portugis yang kebanyakannya beragama Katolik.

Angola tidak mempunyai undang-undang terhadap ilmu sihir, menjadikan komuniti menangani isu itu mengikut pandangan mereka sendiri.

Tuduhan sihir selalunya diselesaikan oleh pengamal perubatan tradisional, atau 'marabouts', dengan memberi arahan kepada mangsa menelan minuman herba beracun yang dipanggil 'Mbulungo'. Kematian dianggap membuktikan rasa bersalah.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE