fb fb fb fb fb

Pemimpin kanan Al-Qaeda terbunuh di Yaman

(Hamad Hamoud al-Tamimi/Twitter @A7_Mirza)

DUBAI, 1 Mac- Seorang tokoh kanan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan udara dipercayai dron yang disyaki dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Yaman yang dilanda perang.

Menurut sumber keselamatan dan pemerintah tempatan, Hamad Hamoud al-Tamimi yang merupakan pemimpin tertinggi Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) dilapor terkorban bersama seorang pengawal peribadi.

Seorang pegawai keselamatan yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, serangan udara terbabit menyasarkan sebuah rumah yang disewa oleh Hamad di wilayah Marib, utara Yaman.

Seorang pegawai pemerintah Marib yang juga tidak mahu mendedahkan identitinya turut mengesahkan kematian itu.

Hamad, seorang warga Saudi yang juga dikenali sebagai Abdel Aziz al-Adnani, menerajui majlis kepimpinan AQAP dan bertindak sebagai hakim dalam kumpulan tersebut.

Selama lebih dua dekad, pemimpin AQAP menjadi sasaran serangan dron AS dengan serangan terbaharu berlaku sebulan selepas tiga anggotanya terbunuh dalam serangan sama ke atas sebuah kereta di wilayah Marib. -AFP

(Foto Twitter @A7_Mirza)

 

Media Baharu