fb fb fb fb fb

Korban nahas kereta api di Greece meningkat 32 orang

(Gambar yang diambil menerusi dron pada 1 Mac 2023 di lokasi kemalangan kereta api di Lembah Tempi
berhampiran Larissa, Greece/AFP)

ATHENS, 1 Mac- Angka korban nahas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece meningkat kepada 32 orang, manakala 85 lagi cedera.

Wakil Perkhidmatan Bomba, Vassilis Vathrakogiannis berkata, daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan dalam kejadian lewat malam Selasa.

Kira-kira 150 anggota bomba dan sebanyak 40 buah ambulans telah dihantar ke tempat kejadian.

Kereta api penumpang itu dalam perjalanan dari ibu kota Athens ke bandar Thessaloniki di utara, manakala tren kargo terbabit menuju ke arah bertentangan.

Media tempatan menyifatkan nahas tersebut sebagai kemalangan kereta api paling teruk yang pernah berlaku dalam sejarah negara. -AFP

 (Polis dan krew kecemasan melakukan operasi menyelamat di lokasi kemalangan kereta api
di Lembah Tempi 
berhampiran Larissa, Greece, 1 Mac 2023/AFP)

 

Media Baharu