fb fb fb fb fb

Helikopter bawa pesakit hilang di Filipina

(Foto FB Pamas Mission (Philippine Adventist Medical Aviation Services))

MANILA, 1 Mac- Sebuah helikopter perkhidmatan perubatan yang membawa lima individu termasuk seorang pesakit yang dalam perjalanan ke sebuah hospital di Filipina dilapor hilang, hari ini.

Usaha mengesan pesawat milik Philippine Adventist Medical Aviation Services (PAMAS) itu sedang giat dilakukan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) berkata, pesawat berkenaan berlepas pagi tadi dari Kepulauan Mangsee menuju ke sebuah hospital di Palawan.

PAMAS merupakan sebuah organisasi swasta yang menyediakan perkhidmatan pemindahan perubatan di Palawan, pulau selatan Mindanao dan pulau utama Luzon.

Kurang dua minggu lalu, sebuah pesawat Cessna yang membawa empat individu termasuk dua warga Australia, terhempas di gunung berapi aktif di tengah Filipina.

Keempat-empat mangsa meninggal dunia. -AFP

(Foto FB Pamas Mission (Philippine Adventist Medical Aviation Services))

Media Baharu